Azam tahun baru aku sebenarnya nak master bahasa Manglish kitaorang yang feymes giler nowadays. (Manglish: Malay + English lah...)
Ahaks. Tipu. Tahun ni takde azam. Aku nak take it easy je. Sebenarnya terlalu sibuk nak buat. Sibuk ape? Rahsia aku la tu.
So anyway. Hari ni topik aku AF. No, no, no. Not America Ferrera dari citer Ugly Betty. Tetapi Akademi Fantasia. Sesuai la kan, sebab aku sekarang ni berbahasa Melayu kan. Demam AF aku bermula waktu aku pergi Kuching hari tu untuk Petronas EduCamp. All thanks to twin aku, Zue. Aku panggil dia twin sebab muka kitaorang same-same gitu. Mak Zue ni beradik ngan mak aku. So, logic la kalau aku menumpang kat diaorang kan. Kat sana, diaorang satu family demam AF. Sampai aku pun terkena.
Yang aku paling suka tahun ni, banyak budak Sarawak. Weehoo~ Lama dah kempunan budak Sarawak menang AF, tahun ni ada chance woo...
Paling aku minat, Hafiz la. Dan bukan sebab dia lelaki, ahahaha *ehem* Vokal dia, ada class. Stage performance dia, power. Muka pun ada. Bakat dia -- FUYOH! Pendek kata, dia ni memang top la beb.
Tapi budak tahun ni banyak complain la. Asyik menangis rindu itu rindu ini. Okay, no problem, aku boleh faham situasi diaorang. Tapi, abang-abang dan kakak-kakak semua yang buat pilihan tu in the first place. Kitaorang nak berjaya ni kenalah sacrifice kan. Berjauhan dari keluarga, bebanan tugasan, kena marah cikgu, kena gosip, bla, bla, bla... Semua tu dugaan. Bila seseorang dapat lulus dugaan-dugaan tu, dengan cemerlang nonetheless, barulah dapat jadi insan yang berhak mendapat kejayaan. Logik tak aku?
Dan tahun ni, aku cukup suka pemilihan Tiara sebagai Pengetua AF. Dia ni perempuan. Dan tidak dapat dinafikan oleh kalian semua, yang kaum Hawa ni memang mudah lagi mesra dan lebih caring daripada kaum Adam. Dia memang pandai jaga anak buah dia. Oleh sebab aku ni masih mentah lagi pasal AF, so tak banyak yang aku dapat tulis pasal Tiara ni. Just wait and see la.
Season 7 ni memang menampakkan transformasi dari segi kualiti student dia. Tahun ni, orang tak pandang muka je. Nasib baik orang Malaysia dah buka minda sikit. Akhirnya, bakat mengatasi rupa. Muka tak jual album, you! Suara yang jual album.
Kalau tak percaya, cuba google pasal Susan Boyle (of Britain's Got Talent). Sebenarnya, kalau korang tak pernah dengar pasal dia lagi, sah lah korang ni tinggal di bawah tempurung. Satu dunia dah syok cerita pasal suara dia yang memang power. Simon Cowell (pengkritik feymes American Idol) sekarang ni tengah sibuk nak sign contract ngan dia! Dan muka dia...

Siapa aku untuk mengutuk dia sedangkan dia sekarang berada di kedudukan yang aku impikan -- berjaya? Cuba korang bayangkan, Simon Cowell--of all people--nak sign contract nak buat album dengan dia! Simon ni bukannya bagi contract sesuka hati. Bakat dia mengalahkan kesemua peserta AF dari season 1 sampai la season 7 ni. Tak percaya, cuba tengok ni!
Pokoknya, you don't need a pretty face or a wealthy father to make it in this world. But it won't hurt if you do, right? *wink*wink*
Okay, that's not entirely my point.
So, conclusion aku adalah, AF7 memang mampu menghasilkan penyanyi yang ada bakat. Hopefully, bebudak tahun ni pandai gunakan peluang yang diberikan and not let it go to waste. And btw, AFUNDI Hafiz ye ;p
Labels: moving pictures

