P/S: Take that, I can write in BM too, you know!
Warkah Seorang Pendidik
Sebaik ku jejak kakiku ke dalam bilik kelas,
Tiga puluh sembilan pasang mata memerhati ku,
Menilai ku dari atas ke bawah,
Kecuali satu,
Memandangku dengan kekaguman, dengan hormat,
Hari itu,
Hari pertama, ‘dia’ menyentuh hatiku.
“Tahun apakah Portugal menyerang Melaka?””
Serentak dengan soalan itu,
Serentak itu juga satu kelas terdiam,
Dapat ku dengar bunyi cengkerik dari luar,
Begitu senyap sekali,
Satu tangan terangkat lalu ku toleh ke arahnya,
Ah, ‘dia’.
‘Dia’ senyap, pendiam dan pemalu orangnya.
Tetapi ‘dia’ berani,
Tidak malu bertanya, tidak takut untuk membuat kesilapan,
Bajunya bertampal sana sini,
Kasutnya terkoyak sedikit.
Tapi ‘dia’ baik,
Suka menolongku mengangkat buku,
Sanggup menjadi ketua projek,
Sanggup membuat lebih banyak kerja daripada murid lain.
‘Dia’ juga pintar dan aktif,
Petah berkata-kata,
Aksinya di gelanggang badminton,
Mengalahkan Rashid Sidek.
Pit! Pit!
Bunyi motosikal di hadapan rumah,
Membawa ku kembali bertapak ke realiti,
Posmen menyerahkan sekeping surat,
Ku teliti setemnya,
Waduh! Dari England, jauh sekali perutusan ini datang,
Detik hatiku.
‘Cikgu Wan,
Apa khabar?
Arif di sini sihat-sihat saja.
Semester kedua Arif di Harvard Law School baru bermula,
Segalanya berjalan lancar.
Arif ingin ucapkan terima kasih sekali lagi.
Kalau bukan kerana cikgu,
Bersusah payah mendidik Arif,
Mengasah bakat Arif,
Membantu Arif mencari biassiswa,
Sudah pasti Arif tidak akan berada di sini.
Budi cikgu,
Akan Arif kenang sentiasa.
Minta maaf atas segala salah silap Arif.
Sekian.’
Setitik air mata jatuh di atas surat,
Membasahi beberapa perkataan,
Ku lap air mataku yang sedang berkumpul,
Dengan sapu tangan pemberian Arif setahun lepas.
Arif,
Dialah ‘dia’,
Murid yang paling ku banggakan,
Yang paling ku hargai,
Yang paling menghargaiku,
Dialah ‘dia’,
Yang sentiasa mengingati ku,
Tak pernah lupa mengirim surat tiap bulan,
Meskipun berada jauh di perantauan,
Dia ibarat anak yang tak pernah ku ada,
Ibarat lilin yang membakar semangatku.
Dia membuatku bangga bergelar pendidik,
Semangatnya turut membakar ku,
Untuk terus berbakti kepada generasi muda,
Mengasah bakat dan mengembangkan ilmu mereka,
Menjadikan mereka layak bergelar pemimpin,
Pemimpin yang mampu membawa Malaysia lebih jauh.
Labels: scribbles on papers

